Friday, March 19, 2010

GELOMBANG ALPHA

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan para pembaca, apa itu Gelombang ALPHA? Saya dapati ramai yang mencari erti Alpha, Alpha Brain Wave dan segala yang berkaitan dengan Gelombang Alpha.
Apa itu Gelombang Alpha atau Alpha Wave?
Sebenarnya gelombang minda terdiri daripada 4 iaitu, Beta, Alpha, Theta dan Delta. Setiap gelombang ini memiliki frekuensi yang berbeza.
Gelombang Beta.

Ketika kita sedang dalam keadaan sibuk bekerja, mengurus atau pendeka kata dalam setiap urusan atau kehidupan biasa, gelombang minda kita berada dalam keadaan Beta. Gelombang Beta merupakan gelombang yang ‘sibuk’. Getarannya sangat rapat dan berkecamuk. Gelombang ini sangat sinonim dengan mereka yang stress, buntu fikiran, tak keluar idea, cepat tension, cepat marah, cepat meradang. Boleh dikatakan gelombang ini mempengaruhi kita menjadi lemah fikiran akibat tekanan. Namun itulah dia gelombang yang sentiasa kita miliki dan dalam erti kata lain, kita suka dengan gelombang itu. Kenapa saya kata begitu? Kerana walau dalam apa juga keadaan, kita tetap suka duduk dalam keadaan yang sibuk itu. Dengan alasan dah memang kerja saya begitu, susah, bos cerewet, kena hantar in time dan banyak lagi. Maka dari mula hingga akhir kita akan tetap duduk dalam keadaan itu, namun apa yang di cita-citakan tetap tak dapat.
Gelombang Alpha.

Gelombang Alpha pula ialah gelombang di mana ketika itu minda kita berada di tahap rehat. Ketika bila minda berada di tahap Alpha? Minda berada di tahap Alpha ketika kita sedang bersantai, memandu, mandi, dan paling utama ketika kita solat. Untuk pengetahuan para pembaca, gelombang ini merupakan gelombang yang paling utama untuk kita mencapai apa yang kita inginkan. Gelombang Alpha ini tercetus atau terjadi ketika kita berada dalam keadaan separa sedar. Contohnya ketika kita mandi, waktu mandi kita tidak berfikir benda yang serius. Kita akan berkhayal, fikiran kita akan melayang, kadang-kadang kita berfikir benda yang di luar bidang kita, kita terkhayal perkara yang kita tak ada ketika ini.
Adakala, kita membayangkan kita sedang memandu kereta idaman, berada di rumah idaman, dating dengan gadis/teruna idaman. Adakala kita membayangkan memiliki perniagaan yang hebat sedangkan pada hakikatnya kita masih makan gaji. Ketika itu lah gelombang minda kita berada di tahap Alpha. Sebenarnya untuk kita memiliki apa yang kita idamkan kita mesti berada di dalam keadaan Alpha. Kreativiti juga hadir ketika minda kita berada dalam keadaan Alpha. Bila kita kreatif barulah banyak idea untuk maju akan hadir dalam minda kita. Jika dalam perniagaan kita sememangnya di kehendaki menjadi kreatif. Bagaimana untuk mendapatkan gelombang Alpha ini? Di sinilah Alpha Brain Wave, iaitu satu ciptaan muzik berbentuk digital boleh digunakan untuk membantu mendapatkan gelombang alpha ini. Muzik tersebut merupakan hasil kaji selidik pakar-pakar bagi membantu membetulkan getaran gelombang minda dan seterusnya membantu mereka yang menggunakannya untuk mendapat tahap gelombang Alpha dengan lebih cepat.
Selain itu mereka yang rajin melakukan sembahyang tahjjud dan meditasi juga mudah untuk berada di tahap Alpha. Gelombang ini merupakan frekuensi yang seiring dengan frekuensi universe. Ini bererti jika kita ingin menghantar pesanan kepada universe kita hendaklah berada dalam frekuensi yang sama dengannya. Contoh ini sama dengan frekuensi radio, jika di Melaka siaran yang sama tetapi memiliki frekuensi yang berbeza daripada Kuala Lumpur atau Terengganu. Meditasi sangat membantu dalam kita memastikan gelombang minda kita sentiasa berada di tahap Alpha.
Gelombang Theta.

Gelombang Theta pula ialah gelombang dalam keadaan rehat yang mendalam. Bermimpi atau bermeditasi yang terlalu khusyuk. Gelombang ini selalunya didapati pada mereka yang bertapa. Ada juga perawat menggunakan hynosis untuk merawat pesakitnya, perawat akan mengarahkan agar minda pesakit menukarkan gelombangnya kepada gelombang Theta. Namun gelombang ini tidak banyak membantu bagi orang seperti kita yang masih mengejar cita-cita.
Gelombang Delta.

Gelombang Delta, corak gelombang minda yang paling lambat. Gelombang ini terbentuk ketika seseorang itu berada di tahap koma, tidak sedar diri atau ditidurkan. Ketika berada di tahap ini seseorang itu tidak lagi berhubung dengan dunia nyata. Namun gelombang ini diperlukan untuk melakukan rawatan ke atas seseorang pesakit itu.
Dalam Seminar Asas Evolusi Minda, peserta didedahkan dengan teknik pernafasan yang betul, meditasi dan fokus untuk membantu peserta mendapatkan gelombang minda Alpha pada setiap masa. Gelombang ini sangat penting jika seseorang itu betul-betul ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan. Namun tidak dapat disangkal bahawa ia bukan sesuatu yang mudah kerana perlu ada semangat untuk berubah dan tahu apa yang dicari dan diinginkan sebenar-benarnya dalam hidup ini. Kita perlu tanya pada diri apakah yang aku betul-betul hendak di dalam kehidupan ini? Barulah dengan itu Alam dan terlebih-lebih lagi Allah tahu apa yang kita mahukan sebenar-benarnya sebelum memberikannya kepada kita.
Apabila kita telah ada satu ketetapan maka barulah kita ada fokus dan halatuju yang betul untuk mencapai matlamat tersebut. Jika kita masih ragu-ragu dengan apa yang kita sendiri ingin kan, bagaimana Alam ingin merealisasikan kehendak kita? Kita kena PASTI dan YAKIN dengan apa yang dicari dan dicita, setelah seiringan barulah Universe akan membantu kita untuk mencapai cita-cita kita.

No comments: